ALLAH HU AKBAR IF WE DO NOT WORSHIP GOD. ALLAH S.W.T. IS STILL REAL GOD @ REMAIN FOREVER ALL. BUT PEOPLE NOT SAME WE ARE SERVANT . REALISE . IF NOT FREE stamp of disobedient eeer nak tanya sikit 😷 anda takut bos yang kita boleh nampak, ATAU BOS YANG KITA TIDAK NAMPAK ... TEPUK DAHI TANYA AKAL IBNU ARASY NUR AL-SELAWAT SALAWAT SYEIKH MALAYA IBNU ARASY DZIKRULLAH AL TURKIYE REAL Men lost from ARASY INSHA ALLAH not exist PADANG MAHSYAR 🤲 HAMBA ALLAH S.W.T. UMAT RASULULLAH S.A.W. ALLAH HU AKBAR
Monday, 4 January 2021
Arasy semasa musim COVID 19 ARASY MAN TERBAIK
tadi.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata daerah yang terjejas banjir kekal dua iaitu di Kemaman dan Dungun, dengan tujuh PPS masih dibuka.
"Di Kemaman, jumlah mangsa menurun kepada 445 orang daripada 108 keluarga manakala di Dungun pula, mangsa seramai 200 orang daripada 61 keluarga," katanya.
Setakat ini, Terengganu masih dilanda hujan renyai dan kadangkala lebat terutama di daerah Kemaman.
Situasi sama turut berlaku di Johor, dengan jumlah mangsa banjir menurun kepada 6,991 orang setakat jam 2 petang berbanding 7,112 orang yang direkodkan pada 8 pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata Kluang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi seramai 2,376 orang, diikuti Kota Tinggi 2,029 mangsa dan Johor Bahru 1,279 mangsa.
"Sebanyak 68 PPS dibuka dengan 20 di Kota Tinggi, Kluang (19), Johor Bahru (10), Mersing (enam), Kulai (lima), Segamat dan Pontian, masing-masing tiga dan dua di Batu Pahat," kata beliau dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Menurut Jabatan Kerja Raya Johor (JKR), setakat ini beberapa jalan persekutuan dan jalan negeri ditutup untuk semua kenderaan berikutan banjir di daerah Kota Tinggi.
Jalan berkenaan ialah Jalan Kota Tinggi-Mersing (Kubu), Jalan Kota Tinggi-Mersing (Batu 16), Jalan Kota Tinggi-Mersing (Risda), Jalan Kota Tinggi-Kluang (Arked Mara), Jalan Lok Heng/Mawai/Sungai Mas (Jambatan Sungai Semalok), Jalan Tai Hong, Jalan Tai Hong (rumah kampung), Jalan Tun Sri Lanang, Jalan Semanggar (jambatan), Jalan Mawai Lama, Jalan Kampung Kelantan/Kampung Panti dan Jalan Sungai Telor. – BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment