Monday, 4 January 2021

JOHN JOHNNY JANADHAN TA PAM PAM PAM TO ARASY TOO ARASY

Seorang mangsa banjir di hadapan rumahnya yang dinaiki air di Kuala Kaung, Lanchang. - Foto AFP Seorang mangsa banjir di hadapan rumahnya yang dinaiki air di Kuala Kaung, Lanchang. - Foto AFP KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di enam negeri meningkat kepada 20,107 terutama di Pahang, Perak dan Kelantan manakala Terengganu dan Johor mencatatkan sedikit penurunan sehingga jam 4 petang tadi. Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat dengan 10,739 mangsa ditempatkan di 201 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sembilan daerah dengan Kuantan masih menjadi daerah paling teruk terjejas. Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan masih menjadi daerah paling teruk terjejas banjir dengan 3,276 orang dipindahkan, diikuti Maran (1,895), Raub (1,493), Jerantut (1,259), Lipis (1,119), Rompin (742), Temerloh (605) Bentong (215) dan Pekan (135). Sementara itu, 10 sungai negeri itu masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Jelai di Jeram Bungor dan di Kuala Medang, Lipis; Sungai Tembeling di Kuala Tahan dan Sungai Pahang di Sungai Yap di Jerantut, serta tiga sungai di Kuantan iaitu Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Sungai Kuantan di Pintasan Kuantan serta Sungai Lepar di Jambatan Gelugor.

No comments:

Post a Comment